Tuesday, 9 August 2011

TANAH WARISAN

Tanah Warisan Rampayan
Perkataan "Warisan" merujuk kepada sesuatu benda yang dihaki oleh individu atau kumpulan. Dan ianya tidak semestinya "dihak'i" secara "legal". Misalnya, kumpulan masyarakat bumiputera di Sarawak, seperti Iban, Dayak, Bidayuh, Orang Ulu dan sebagainya mendakwa bahawa sebahagian besar tanah hutan simpan di Negeri Sarawak adalah tanah warisan mereka. Tuntutan ini didasarkan kepada sejarah turun temurun bahawa kumpulan masyarakat ini menggunakan hutan simpan tersebut sebagai tempat lapangan mereka memburu. Tuntutan ini adalah merupakan permasalahan negeri tersebut yang perlu penyelesaian.

Menurut sejarah suku Iranun, tanah-tanah dari Simpang Mangayau sehingga tanah datar Tempasuk (Tempasuk Plain) adalah termasuk di dalam jajahan tanah Iranun. Bersandarkan sejarah ini, adalah tidak salah kalau Lok Lunsung, Tandu a Magarang dan Lok Padang itu disebut sebagai tanah-tanah warisan Iranun.

Negara Phillipina, sehingga sekarang menuntut sebahagian daripada negeri Sabah sebagai wilayahnya. Tuntutan ini disandarkan pada sejarah sewaktu kegemilangan kesultanan Sulu.

Kalau sesabuah negara berdaulat seperti Sabah boleh dituntut oleh negara lain atas alasan sejarah, maka masyarakat Iranun di Rampayan Laut dan Rampayan Ulu lebih berhak untuk membuat tuntutan terhadap tanah-tanah yang dipunyai oleh bangsa mereka pada masa dahulu.

BERITA LAIN (klik link berikut):
-Isu Pemberimilikan Tanah Orang Asli Selesai Dibincang

1 comment:

  1. Jika UMNO membantah pengambilan tanah orang asli di Kelantan untuk Program Ladang Rakyat, Kenapa UMNO melalui pemimpinnya Datuk Abdul rahman dahlan menyokong pengambilan Tanah Warisan Iranun di Kota Belud. Bukankah ini DOUBLE STANDARD.

    ReplyDelete