Sunday, 14 August 2011

SIKAP MANA YANG BAIK?

Riot: Di England

Di England pihak polis dikecam oleh masyarakat sebab tidak bertindak keras dan agresif terhadap rusuhan para perusuh yang telah mengakibatkan kemusnahan harta benda. Tetapi di Malaysia, ada pihak pula yang mengecam pihak polis atas tindakan keras dan agresif mereka menghalang demonstrasi jalanan untuk mengelakkan kemusnahan harta benda. 

Apa kah ini sebagai bukti bahawa dasar "prevention is better than cure" (mencegah adalah lebih baik daripada mengubati) adalah lebih baik daripada dasar "innocent until proven guilty" (dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah).

Riot: Di Malaysia
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah sikap, "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna". Sementara Kebebasan bersuara, berpersatuan dan sebagainya tanpa had dan sekatan yang diamalkan oleh sistem demokrasi barat adalah sikap, "sudah terantuk baru terngadah".

Mana pilihan anda?

No comments:

Post a Comment