Sunday 14 August 2011

SIKAP MANA YANG BAIK?

Riot: Di England

Di England pihak polis dikecam oleh masyarakat sebab tidak bertindak keras dan agresif terhadap rusuhan para perusuh yang telah mengakibatkan kemusnahan harta benda. Tetapi di Malaysia, ada pihak pula yang mengecam pihak polis atas tindakan keras dan agresif mereka menghalang demonstrasi jalanan untuk mengelakkan kemusnahan harta benda. 

Apa kah ini sebagai bukti bahawa dasar "prevention is better than cure" (mencegah adalah lebih baik daripada mengubati) adalah lebih baik daripada dasar "innocent until proven guilty" (dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah).

Riot: Di Malaysia
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah sikap, "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna". Sementara Kebebasan bersuara, berpersatuan dan sebagainya tanpa had dan sekatan yang diamalkan oleh sistem demokrasi barat adalah sikap, "sudah terantuk baru terngadah".

Mana pilihan anda?

Tuesday 9 August 2011

TANAH WARISAN

Tanah Warisan Rampayan
Perkataan "Warisan" merujuk kepada sesuatu benda yang dihaki oleh individu atau kumpulan. Dan ianya tidak semestinya "dihak'i" secara "legal". Misalnya, kumpulan masyarakat bumiputera di Sarawak, seperti Iban, Dayak, Bidayuh, Orang Ulu dan sebagainya mendakwa bahawa sebahagian besar tanah hutan simpan di Negeri Sarawak adalah tanah warisan mereka. Tuntutan ini didasarkan kepada sejarah turun temurun bahawa kumpulan masyarakat ini menggunakan hutan simpan tersebut sebagai tempat lapangan mereka memburu. Tuntutan ini adalah merupakan permasalahan negeri tersebut yang perlu penyelesaian.

Menurut sejarah suku Iranun, tanah-tanah dari Simpang Mangayau sehingga tanah datar Tempasuk (Tempasuk Plain) adalah termasuk di dalam jajahan tanah Iranun. Bersandarkan sejarah ini, adalah tidak salah kalau Lok Lunsung, Tandu a Magarang dan Lok Padang itu disebut sebagai tanah-tanah warisan Iranun.

Negara Phillipina, sehingga sekarang menuntut sebahagian daripada negeri Sabah sebagai wilayahnya. Tuntutan ini disandarkan pada sejarah sewaktu kegemilangan kesultanan Sulu.

Kalau sesabuah negara berdaulat seperti Sabah boleh dituntut oleh negara lain atas alasan sejarah, maka masyarakat Iranun di Rampayan Laut dan Rampayan Ulu lebih berhak untuk membuat tuntutan terhadap tanah-tanah yang dipunyai oleh bangsa mereka pada masa dahulu.

BERITA LAIN (klik link berikut):
-Isu Pemberimilikan Tanah Orang Asli Selesai Dibincang

Medan Perang Politik Malaysia Beralih Ke Internet

Demokrasi Kitalah rakyat & kerajaan.
UALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Sejajar dengan perkembangan global dan kemajuan teknologi komunikasi maklumat (ICT), medan perang politik di Malaysia turut berubah dan kini telah beralih ke Internet. Perkembangan ini mendorong pelbagai pihak menggunakan Internet untuk menyebarkan maklumat berkaitan politik, seolah-olah tiada apa yang boleh menyekat mereka daripada berbuat demikian.

Benarkah keadaan ini tidak boleh dikawal? Sesetengah pemerhati media berpendapat ia memang tidak boleh disekat atau dikawal."Tiada siapa boleh menapis maklumat yang dihantar melalui Twitter, Facebook atau YouTube," kata anggota Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Ti Lian Ker. Read more